mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti – Kelas Asas Komputer (Dewasa)

Tarikh : 26 Januari 2019 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 1 orang

Tujuan

Memperkenalkan tentang sistem komputer dan asas menaip kepada peserta

Aktiviti

Seorang suri rumah telah mengikuti kelas asas komputer yang diadakan bagi golongan dewasa. Sebagai permulaan, beliau telah diberi taklimat ringkas tentang Klik Dengan Bijak dan dipertontonkan dengan sebuah video bertemakan ‘Perkongsian Berlebihan’.

Beliau kemudiannya diberi penerangan tentang peranti-peranti berkaitan komputer seperti CPU, mouse, keyboard, monitor, pendrive dan sebagainya bagi memahami konpep peranti input dan peranti output serta storan.

Setelah selesai sesi penerangan berkaitan komputer, peserta diberi latihan praktikal tentang asas menaip dengan betul melalui permainan interaktif.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________