mcmc
Laporan Aktiviti

Klinik Usahawan Islam Desa 2017

DSCN2590
Tarikh : 9 Disember 2017
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Labohan Dagang
Peserta : 22 orang

 

Tujuan

Klinik Usahawan Desa 2017 merupakan sebuah program usahasama dengan pelajar-pelajar Master, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk memberi bimbingan kepada usahawan dan individu-individu yang bemrinat menjana pendapatan sampingan selaku ejen dropship.

 

Aktiviti

Kira-kira 22 orang peserta telah mengikuti Klinik Usahawan Islam Desa 2017 yang bermula seawal 8.00 pagi. Program dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh fasilitator khas. Kemudian, satu ceramah bertajuk ‘Rasulullah Contoh Usahawan Terbaik’ telah disampaikan oleh salah seorang panel jemputan. Program diteruskan dengan Bengkel Gubahan Bungan dan Ciri Usahawan Islam, Bengkel Produk Makanan Halal (Pes Asam Pedas Piauu) dan Bengkel Produk Wangian dan Nilai Islam (Lovey Dovey Perfume). Program diakhiri dengan pendaftaran peserta sebagai agen dropship, di samping majlis penyampaian cenderamata dan makan tengah hari.

DSCN2590

_____________________________________________________________________________________