mcmc
Laporan Aktiviti

Kidventure – Webinar “Pelan Perniagaan Pertama Saya”

Tarikh21 Jun 2025
Masa10.00 – 11.00 pagi
LokasiNADI Kampung Labohan Dagang

Tujuan Aktiviti

Memberi pendedahan awal kepada peserta KidVenture mengenai asas membina pelan perniagaan secara mudah, tersusun dan sesuai dengan peringkat usia mereka. Peserta akan dibimbing untuk mengenal pasti idea perniagaan, menyusun strategi asas, serta memahami elemen penting dalam sebuah pelan perniagaan.

Butiran Aktiviti

Dalam sesi ini, peserta akan:

  • Mengenal pasti idea perniagaan yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka
  • Memahami elemen utama pelan perniagaan seperti:
    ▪️ Nama perniagaan
    ▪️ Produk atau perkhidmatan ditawarkan
    ▪️ Siapa pelanggan mereka
    ▪️ Cara untuk mempromosikan perniagaan
    ▪️ Anggaran kos dan keuntungan asas
  • Membina keyakinan diri untuk berkongsi idea secara kreatif dan tersusun