Tarikh | : 23 Mac 2019 (Sabtu) |
Masa | : 10.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Mengajar para peserta membuat kalendar dan jadual harian berdasarkan template yang diberi.
Aktiviti
Seramai 5 orang peserta telah mengikuti kelas asas Microsoft Word bahagian kedua, Kelas ini merupakan lanjuran kepada kelas asas Microsoft Word bahagian pertama yang diadakan tidak lama dahulu. Sebelum kelas dimulakan, para peserta diberi taklimat tentang Mobile e-Waste serta dipertonton dengan video berkaitan Mobile e-Waste. Para peserta kemudiannya diminta memilih template kalendar yang terdapat dalam Microsoft Word dan mengubah kandungan yang terdapat di dalamnya. Mereka juga diminta untuk membuat jadual harian sepanjang musim cuti sekolah.