Tarikh | : 6 April 2019 (Sabtu |
Masa | : 8.00 pagi – 1.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 105 orang |
Tujuan
Mengeratkan hubungan sesama petugas Pusat Internet, komuniti setempat, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi yang berkaitan.
Aktiviti
Lebih 100 orang pengunjung telah memeriahkan program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kg Labohan Dagang bagi tahun 2019. Program ini mendapat kerjasama daripada pengurusan kampung dan disertai oleh beberapa buah agensi kerajaan dan swasta, antaranya termasuklah Klinik Siti, KWSP, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), KEMAS Sepang, Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Dengkil serta Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat (E-Kasih). Antara aktiviti yang dijalankan ialah saringan kesihatan percuma, pendaftaran I-Suri dan I-Sraaan, E-Kasih, Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dan keahlian baru AIM. Di samping itu juga, terdapat pertandingan DIY Chocolate Bouquet, mewarna, origami, poster online dan sebagainya.
_____________________________________________________________________________________