mcmc
Kesihatan

COVID-19 : TIDAK DIGALAKKAN LEPAK DI PREMIS MAKANAN

CV290511

CV290511

Walaupun makan di dalam restoran telah dibenarkan, pengunjung disarankan untuk TIDAK duduk dalam premis untuk masa yang lama.

Sewaktu sedang makan, pelanggan tidak memakai topeng muka. Jika ada pelanggan yang duduk lama, berbual serta bergelak ketawa di dalam premis, ia akan meningkatkan risiko penyebaran.

Kelonggaran peraturan dilakukan untuk membantu merancakkan semula kegiatan ekonomi masyarakat setempat, ia BUKAN alasan untuk anda mengabaikan langkah pencegahan.

Ingin lepak dan berborak di kedai mamak? Sabar dulu. Belum sesuai dan belum selamat

SUMBER : Laman Facebook Public Health Malaysia

#DudukRumah

#StayAtHome