Baru-baru ini, DYMM Sultan Selangor telah memperkenan lebih banyak masjid dibuka bermula 19 Jun 2020 untuk mendirikan Solat Jumaat & Solat Fardu berjemaah di Selangor sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Berdasarkan makluman terbaru:
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dibenarkan 250 orang jemaah (tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid)
38 masjid lain yang dibenarkan sebelum ini, 150 orang jemaah sahaja (tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid)
Manakala masjid-masjid di seluruh Selangor dalam mukim zon hijau, 40 orang (tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid)
NOTA: Senarai ini dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika PKPB.
SUMBER : Laman Facebook Media Selangor
#DudukRumah
#StayAtHome