SARINGAN COVID-19 BAGI PENGEMBARA LUAR NEGARA
Bagi pengembara pulang dari luar negara, saringan gejala dan pengambilan sampel bagi COVID-19 akan dijalankan di pintu masuk antarabangsa. Pengembara-pengembara ini akan diberikan beberapa arahan seperti berikut :
i. Surat arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah;
ii. Pemakaian gelang tangan (wristband) selama tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah;
iii. Borang Home Assessment Tool;
iv. Memastikan pengembara memuat turun aplikasi MySejahtera.
Arahan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah ini adalah arahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) di mana sekiranya individu berkenaan didapati melanggar arahan, mereka boleh disabit dengan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Gelang tangan (wristband) akan dipakaikan kepada pengembara ini sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing dan perlu dipakai sepanjang tempoh pengawasan dan pemerhatian di rumah. Sekiranya gelang tangan tersebut ditanggalkan sebelum tamat pemerhatian tamat, individu tersebut akan dikenakan tindakan. Gelang ini akan ditanggalkan oleh pegawai yang diberi kuasa selepas tempoh pengawasan dan pemerhatian.
Pihak KKM juga ingin mengingatkan orang awam yang telah diletakkan di bawah arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah untuk sentiasa mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh KKM. Ahli keluarga bagi individu yang menjalankan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah ini juga memainkan peranan yang penting dengan sentiasa mengingatkan individu berkenaan mematuhi arahan yang telah ditetapkan. Tanggunggjawab individu dan ahli keluarga berkenaan adalah sangat penting kepada masyarakat bagi mengelakkan penularan COVID-19 ini.
SUMBER : Laman Facebook Jabatan Penerangan Negeri Selangor
#DudukRumah
#StayAtHome