Kurangkan risiko kemurungan dengan senaman
Tahukah anda jika anda mempunyai ahli keluarga yang mengalami kemurungan, maka anda juga mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi masalah yang sama?
Tetapi dengan melakukan senaman, anda boleh mengelakkan masalah itu daripada berlaku.
Pengkaji telah menganalisa data sebanyak 8,000 orang dan mendapati mereka yang mempunyai risiko genetik kemurungan(ahli keluarga mempunyai masalah kemurungan), mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kemurungan
Akan tetapi mereka yang sering melakukan aktiviti fizikal tidak kira aktiviti yang berat(seperti berlari, senam aerobik) ataupun aktiviti fizikal yang ringan(seperti yoga atau selalu regangkan badan) mempunyai risiko kemurungan yang rendah berbanding orang lain.
Kajian tersebut juga menyatakan bersenam selama 4 jam seminggu akan mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 17%.
Oleh itu, tambahkan aktiviti fizikal anda untuk mengelakkan masalah kemurungan pada diri anda.
SUMBER : The Diagnosa – Original
#DudukRumah
#StayAtHome