Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) telah memberi banyak impak kepada warga Malaysia. Ini juga adalah peluang untuk anda melakukan khidmat komuniti. Tahukah anda terdapat banyak kajian mengatakan dengan membantu orang, walaupun kecil, ia mempunyai manfaat segera yang kuat kepada kesihatan mental?
Khidmat komuniti mampu memberi anda halatuju yang bermakna. Membantu komuniti membina ketahanan dan keluar dari negativiti mampu memberikan anda perspektif yang sangat sihat untuk mental anda.
Kadangkala tidak perlu besar atau kompleks. Anda boleh menguruskan kempen atau derma untuk jiran. Ataupun anda boleh bantu saja jiran sebelah yang mungkin susah dalam diam. Boleh juga anda sertai mana-mana kumpulan yang aktif dan menyumbang apa yang anda mampu. Pakai telefon saja pun boleh sekarang, tidak perlu keluar rumah.
Kerajaan Negeri Selangor juga mewujudkan Tabung COVID-19 Selangor bagi sumbangan untuk usaha menangani COVID-19 di Selangor. Ini juga platform bagus, bantuan boleh diselaraskan oleh kerajaan negeri secara bersasar.
Khidmat komuniti bukan setakat membantu mental anda tapi memberi kesan positif kepada masyarakat juga. Cubalah, bila lagi?
SUMBER : Laman Facebook Selangor Task Force Covid 19
#DudukRumah
#StayAtHome