Bazar Raya @ NADI 2026

Laporan Aktiviti | 26 March 2026
Tarikh14 Mac 2026
Masa8.00 pagi – 3.00 petang
TempatNADI Kampung Labohan Dagang

Program Bazar Raya NADI 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 14 Mac 2026 (Sabtu) bertempat di NADI Kampung Labohan Dagang, bermula dari 8.00 pagi hingga 3.00 petang.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk membantu komuniti setempat membuat persiapan Hari Raya di samping memberi peluang kepada usahawan tempatan mempromosikan dan menjual produk mereka.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya jualan produk usahawan tempatan seperti kuih raya, kerepek, kraftangan, pin tudung, sampul duit raya, minyak wangi serta tempahan daging raya. Selain itu, turut disediakan pemeriksaan kesihatan percuma meliputi pemeriksaan tekanan darah, bacaan gula dalam darah dan indeks jisim badan (BMI).

Bagi menarik penyertaan pelbagai peringkat umur, beberapa aktiviti sampingan telah dianjurkan seperti Pertandingan Anyam Ketupat Riben, aktiviti mewarna kanak-kanak, kelas kad raya digital untuk remaja serta kelas keusahawanan “Berniaga & Berjaya”.