Tarikh | 21 – 23 Mac 2025 |
Masa | 9.30 pagi – 4.00 petang |
1. Pengenalan
Program Belajar & Bazar @ NADI telah berlangsung selama tiga hari, bermula dari 21 hingga 23 Mac 2025. Program ini dianjurkan dengan tujuan untuk menggabungkan aktiviti pembelajaran dengan keusahawanan komuniti melalui penganjuran kelas-kelas bermanfaat dan bazar jualan produk tempatan.
2. Objektif Program
- Meningkatkan ilmu dan kemahiran komuniti dalam bidang tertentu seperti ICT, keusahawanan dan kemahiran hidup.
- Memberi peluang kepada usahawan tempatan memasarkan produk mereka melalui bazar.
- Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli komuniti.

