Tarikh | : 13 April 2018 (Jumaat) |
Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
Lokasi | : SMK Banting |
Peserta | : 291 orang |
Tujuan
Memupuk kesedaran tentang penggunaan internet secara berhemah dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah melalui program advokasi Klik Dengan Bijak.
Aktiviti
Dianggarkan kira-kira 291 orang peserta, yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 2 SMK Banting telah menyertai program Advokasi Klik Dengan Bijak. Program anjuran Pusat Internet 1Malaysia Kluster Kuala Langat ini berlangsung pada 13 April 2018, dengan kerjasama Unit ICT sekolah tersebut. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah taklimat tentang Sebenarnya.MY, Mobile e-Waste dan Klik Dengan Bijak. Para peserta juga diberi soalan kuiz bagi merebut cenderahati istimewa yang disediakan oleh petugas PI1M. Saringan kesihatan KOSPEN – PI1M juga turut diadakan bagi guru-guru dan kakitangan sekolah.
_____________________________________________________________________________________