Maklumat aktiviti
Tarikh | : 4 Ogos 2024 |
Masa | : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari |
Lokasi | : NADI Labohan Dagang |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep pengaturcaraan asas kepada peserta melalui penceritaan digital. Melalui penggunaan aplikasi Scratch Jr, peserta akan belajar bagaimana untuk menggabungkan elemen visual, animasi, dan suara untuk menghasilkan cerita interaktif mereka sendiri.
Aktiviti
Maklumat Aktiviti:
1. Peserta diperkenalkan kepada Scratch Jr dan cara asas menggunakan blok arahan untuk mencipta pergerakan dan interaksi.
2. Peserta akan memilih watak, latar belakang, dan jalan cerita mengikut kreativiti mereka.
3. Setiap peserta mencipta jalan cerita ringkas dengan animasi yang mereka rancang sendiri.
4. Akhir sesi, peserta akan membentangkan cerita mereka kepada kumpulan.
Hasil Pembelajaran:
1. Pemahaman asas tentang konsep pengaturcaraan.
2. Kemahiran menceritakan cerita secara digital.
3. Peningkatan kreativiti dan keyakinan diri.
____________________________________________________________________________________