Maklumat aktiviti
Tarikh | : 15 Oktober 2023 |
Masa | : 3.00 petang – 4.00 petang |
Lokasi | : PEDi Labohan Dagang |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada peserta dalam menguruskan urusan kewangan mereka tanpa perlu mengunjungi cawangan bank fizikal, iaitu hanya dengan menggunakan aplikasi Cimb Clicks.
Aktiviti
Di dalam aktiviti ini, peserta didedahkan dengan panduan-panduan untuk menyemak baki akaun, melakukan pindahan wang, membuat pembayaran bil, pemindahan duit dalam talian (interbank GIRO) serta pemindahan wang ke luar negara.
Tujuan utama CIMB Clicks adalah untuk memberikan kemudahan, keselesaan, dan aksesibiliti kepada perkhidmatan perbankan dalam talian kepada pelanggan, serta membolehkan mereka menguruskan kewangan mereka dengan lebih efisien tanpa perlu mengunjungi cawangan bank fizikal.
____________________________________________________________________________________