Maklumat aktiviti
Tarikh | : 8 Oktober 2023 |
Masa | : 3.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi | : PEDi Labohan Dagang |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk melatih kemahiran digital peserta terutama dalam membuat e-card beranimasi.
Aktiviti
Aktiviti ini disertai oleh peserta daripada kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Di dalam aktiviti ini, para peserta didedahkan kepada beberapa aspek, merangkumi penggunaan fungsi-fungsi (features) Canva yang diperlukan untuk mencipta e-card. Peserta diajarkan kaedah atau panduan pemilihan warna dan kombinasi warna yang sesuai. Kombinasi warna, pemilihan font dan saiz yag sesuai akan menghasilkan tampilan atau persembahan e-card yang efektif dan menarik.
____________________________________________________________________________________