Maklumat aktiviti
Tarikh | : 17 September 2023 |
Masa | : 4.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi | : PEDi Labohan Dagang |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk melatih kecepatan mengira yang membabitkan operasi tambah dan tolak.
Aktiviti
Aktiviti ini disertai oleh peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah dan dikendalikan oleh petugas. Dalam aktiviti ini, peserta dikehendaki untuk menjawab kuiz matematik dengan tempoh tertentu. Kuiz ini terdiri daripada 10 soalan. Daripada aktiviti ini, peserta dapat melatih kemahiran mengira dengan cepat dan mudah.
____________________________________________________________________________________