Maklumat aktiviti
Tarikh | : 18 Julai 2023 |
Masa | : 10 pagi – 12 tengah hari |
Lokasi | : Zoom |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada keperluan pembiayaan mensasarkan golongan usahawan bumiputera dan masyarakat India yang menjalankan perniagaan patuh syariah bagi pengembangan perniagaan.
Aktiviti
Di dalam webinar ini, peserta mendapat pendedahan berkenaan:
• Pengenalan skim pembiayaan Tekun, yang mana Tekun Nasional merupakan sebuah institusi pembangunan usahawan yang berperanan menyediakan kemudahan pembiayaan modal kecil perniagaan dengan mudah dan cepat.
• Jenis-jenis pembiayaan Tekun.
• Kaedah, prosedur pembiayaan Tekun.
Pengetahuan dan pendedahan kepada skim pembiayaan TEKUN dapat menggalakan masyarakat yang tergolong daripada kaum Bumiputera dan India supaya menceburkan diri mereka dalam bidang perniagaan secara inovatif di samping merangsang bidang keusahawanan di Malaysia.
____________________________________________________________________________________