mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Julai 2023: Kemahiran ICT – TikTok Video 101

Maklumat aktiviti

Tarikh : 8 Julai 2023
Masa : 10 pagi – 12 tengah hari 
Lokasi : PEDi Kanchong Darat
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan panduan asas kepada peserta untuk mencipta dan menyunting video di platform TikTok secara kreatif.

Aktiviti

Aktiviti ini adalah kerjasama bersama PEDi Labohan Dagang. Dalam aktiviti ini, para peserta mempelajari:
• Ciri-ciri video TikTok dapat menarik perhatian audien.
• Fungsi atau fitur tersedia yang boleh digunakan dalam proses membuat dan menyunting video.

Daripada aktiviti ini, para peserta dapat mempelajari pelbagai teknik kreatif dalam membuat video TikTok yang menarik, di samping dapat memahami cara memanfaatkan platform ini untuk pemasaran produk. Peserta juga dapat menyampaikan maklumat kepada umum secara efektif dalam durasi yang singkat.

 

____________________________________________________________________________________