Maklumat aktiviti
Tarikh | : 9 Julai 2023 |
Masa | : 10 pagi – 12 tengah hari |
Lokasi | : PEDi Kanchong Darat |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam penciptaan poster digital yang efektof dan menarik dengan menggunakan perisian (software) rekaan grafik seperti Canva.
Aktiviti
Di dalam aktiviti ini, petugas bertanggungjawab untuk:
1. Memberi penjelasan dan pengenalan tentang tujuan dan manfaat daripada aktiviti ini secara ringkas.
2. Memberi penjelasan tentang konsep rekaan poster merangkumi elemen-elemen rekaan poster yang efektif (reka letak, warna, tipografi dan gambar) termasuk prinsip-prinsip atau ciri poster yang releven dari aspek keseimbangan, kontras, harmoni dan fokus visual.
3. Menunjukkan tutorial secara praktikal mencipta poster digital
4. Memberikan tugas kepada peserta untuk mencipta poster digital mereka dengan menggunakan konsep rekaan yang telah dipelajari.
____________________________________________________________________________________