Maklumat aktiviti
Tarikh | : 1 Jun 2023 |
Masa | : 3 petang – 4 petang |
Lokasi | : PEDi Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta, di samping mempertingkat kemahiran ICT khususnya dalam penggunaan Microsoft Word. Microsoft Word adalah perisian yang penting kerana ia dapat membantu dalam membina kemahiran menulis dan menyusun idea dengan mudah dan kreatif.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan di bawah kendalian Petugas PEDi. Dalam aktiviti ini, peserta diberikan tutorial secara terperinci setiap fungsi asas di dalam Microsoft Word seperti fungsi “font”, “size”, “bold”, “ïtalic”, serta cara memasukkan gambar, bentuk, jadual dan sebagainya.
Kemudian, peserta diberikan latihan yang mana peserta diminta untuk meniru semula teks yang disediakan oleh petugas dengan menggunakan teknik yang diajarkan sebelumnya.
____________________________________________________________________________________