mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Oktober 2021 : Penyampaian Hadiah Pertandingan Usahawan Digital – Peringkat PIK

Tarikh : 16 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi : PIK Kg Labohan Dagang
Peserta : 3 orang

Tujuan 

Menyampaikan hadiah kepada para peserta yang mengikuti Pertandingan Usahawan Digital 2021 peringkat PIK Kg Labohan Dagang

Aktiviti

Seramai tiga orang peserta yang mengikuti Pertandingan Usahawan Digital 2021 peringkat PIK Kg Labohan Dagang telah hadir ke majlis penyampaian hadiah. Pertandingan yang berlangsung sejak 1 Ogos hingga 30 September 2021 dinilai berdasarkan jumlah jualan yang direkodkan di platform Shopee. Masing-masing menerima hadiah wang tunai bernilai RM200, RM150 dan RM100 bagi tempat pertama, kedua dan ketiga. Peserta tempat pertama bakal bertanding ke peringkat negeri bermula Oktober dan November nanti. Sebelum bersurai, ketiga-tiga peserta mengambil peluang untuk beramah mesra dan berkongsi pengalaman masing-masing sepanjang menjalankan perniagaan secara atas talian melalui platform Shopee.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________