Tarikh | : 1 Februari 2021 (Isnin) |
Masa | : 10.00 am – 12.00 pm |
Lokasi | : Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 4 orang |
Tujuan
Mengikuti PdPR bagi subjek Sains Tahun 6 dan Matematik Tahun 3
Aktiviti
Seramai 4 orang murid sekolah rendah telah hadir ke PIK Kg Labohan Dagang untuk mengikuti sesi PdPR bersama guru mata pelajaran masing-masing menggunakan platform Google Meet. Para pelajar terlebih dahulu telah membuat janji temu awal bersama petugas untuk menempah tempat. Para pelajar diajar cara log masuk ke akaun emel masing-masing menggunakan emel dan kata laluan yang diberikan oleh guru masing-masing. Para pelajar kemudiannya mengikuti sesi pengajaran yang disampaikan oleh guru selama kira-kira satu jam. Mereka kemudiannya mencetak tugasan yang diberi oleh guru mata pelajaran untuk disiapkan di rumah.
_____________________________________________________________________________________