mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN JANUARI 2021 : MICROSOFT POWERPOINT (RAKAMAN VIDEO DAN SUARA BAGI SLIDE PDPR) SERTA KELAS SHOPEE101

Tarikh : 21 Januari 2021 (Khamis)
Masa : 10.00 am – 1.00 pm
Lokasi : Kg Labohan Dagang
Peserta : 4 orang

Tujuan 

Mengajar cara memasukkan video dan suara ke dalam slide PDPR menggunakan aplikasi Microsoft Powerpoint

Aktiviti

Seorang guru sekolah rendah telah menghubungi petugas untuk mendapatkan tunjuk ajar cara memasukkan video dan audio bagi slide PDPR menggunakan Microsoft Powerpoint. Slide ini akan digunakan dalam kelas online yang bakal diadakan oleh guru tersebut. Kelas dimulakan dengan menonton video Youtube untuk mendapatkan contoh slide Microsoft Powerpoint yang telah dimasukkan video dan audio ke dalamanya. Kemudian, peserta diberi penerangan tentang cara-cara memasukkan video dan suara narator dalam slide yang dihasilkan. Peserta kemudiannya cuba menghasilkan slide tersebut dan menghantar ke dalam group Whatsapp kelas. Peserta kemudiannya mengikuti kelas keusahawanan berkenaan Shopee

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________