Tarikh | : 23 Disember 2020 (Rabu) |
Masa | : 10.30 pagi – 1.00 tengah hari |
Lokasi | : Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 30 orang |
Tujuan
Mengajar tips-tips perniagaan secara atas talian
Aktiviti
Satu program keusahawanan telah diadakan menggunakan aplikasi Google Meet. Program usahasama antara enam buah Pusat Internet Komuniti di bawah Kluster Kuala Langat dan Klang ini telah dikendalikan oleh pihak Roadtax Online. Program ini telah menghimpunkan kira-kira 30 orang peserta yang terdiri daripada usahawan setempat dan kakitangan PIK dan dikendalikan oleh Pn Syuhaida daripada Roadtax Online. Antara pengisian program ialah penerangan tentang perniagaan online, asas personal branding, FB Marketing dan asas Whatsapp Marketing. Sesi soal jawab antara tenaga pengajar dan peserta juga turut berlangsung sepanjang tempoh tersebut.
_____________________________________________________________________________________