Tarikh | : 12 hingga 20 Disember 2020 (Sabtu hingga Ahad) |
Masa | : 10.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi | : Atas Talian (lol.disney.com) |
Peserta | : 37 orang |
Tujuan
Mengisi masa lapang sepanjang tempoh PKPB dengan aktiviti mewarna secara atas talian
Aktiviti
Satu program mewarna secara atas talian telah dijalankan oleh PIK Kg Labohan Dagang. Aktiviti ini merupakan salah satu program pengisian bagi mengisi masa lapang warga komuniti yang masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih dikuatkuasakan di daerah Kuala Langat. Aktiviti ini terbahagi kepada 4 kategori, iaitu Kategori 4-6 tahun, Kategori 7-12 tahun, Kategori 13-17 tahun dan Kategori 18 tahun ke atas. Program ini mendapat sambutan daripada komuniti di sekitar Kg Labohan Dagang dan luar dari Selangor. Para peserta dikehendaki membuka pautan yang diberi dan mewarna menggunakan alatan yang disediakan dalam laman sesawang tersebut.
Kategori 18 tahun ke atas : Gambar Di Sini
Kategori 13 – 17 tahun : Gambar Di Sini
Kategori 7 – 12 tahun : Gambar Di Sini
Kategori 4 – 6 tahun : Gambar Di Sini
_____________________________________________________________________________________