mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Disember 2020 : Kelas Asas Shopee (Persendirian)

Tarikh : 10 Disember 2020 (Khamis)
Masa : 2.30 petang – 5.30 petang
Lokasi : Kg Labohan Dagang
Peserta : 1 orang

Tujuan 

Mengajar cara memasarkan produk menggunakan fungsi Pusat Pemasaran di Shopee

Aktiviti

Seorang peserta telah mengikuti kelas asas Shopee yang diadakan secara bersemuka di kediamannya. Kelas ini merupakan kelas lanjutan Shopee dan memberi fokus kepada teknik foto produk dan menggunakan fungsi pusat pemasaran untuk mempromosikan produk. Kelas dimulakan dengan sesi mengambil gambar produk menggunakan bahan-bahan sedia ada yang terdapat di dalam rumah peserta. Gambar-gambar tersebut kemudiannya dipindahkan ke komputer riba milik peserta bagi memudahkan proses muat naik produk di laman Shopee. Peserta kemudiannya menggunakan fungsi pusat pemasaran, yakni Shopee Ads untuk menambahkan jumlah pengunjung ke kedai Shopee miliknya.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________