mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Disember 2020 : Kelas Asas Shopee (Persendirian)

Tarikh : 4 Disember 2020 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang – 5.30 petang
Lokasi : Kg Labohan Dagang
Peserta : 2 orang

Tujuan 

Mengajar cara menjadi seorang penjual melalui Shopee

Aktiviti

Dua orang peserta yang merupakan suri rumah dan usahawan baharu telah mengikuti Kelas Asas Shopee yang diadakan di kediaman mereka. Masing-masing merupakan pengusaha bantal kekabu dan dropshipper bagi produk cadar. Peserta diberi penerangan tentang persediaan menjadi seorang penjual di Shopee serta perkara-perkara yang perlu dijaga bagi mendapatkan prestasi kedai yang baik. Peserta kemudiannya mendaftar masuk ke akaun Seller Shopee dan mengemaskini beberapa maklumat yang diperlukan. Peserta kemudiannya memuat naik gambar produk beserta maklumat yang berkaitan dengan produk. Peserta kemudiannya diberi penerangan tentang pengeposan dan cara memasarkan produk menggunakan pusat pemasaran. Sebelum mengakhiri kelas, para peserta diberi taklimat ringkas berkaitan oenipuan atas talian dan langkah-langkah untuk mengelak daripada menjadi mangsa.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________