Hentikan Curi Ambil Gambar Anggota Kesihatan
Pemakaian PPE (Personal Protective Equipment) digunakan untuk melindungi anggota kesihatan dari jangkitan penyakit berjangkit..
Malangnya ia kini dijadikan sumber bahan paparazi murahan untuk penyebaran berita palsu. Ini adalah virus penyakit masyarakat hari ini, mahu jadi yang pertama dan terpantas menyampaikan berita. (Walaupun tidak diketahui kesahihan)
– Sekiranya anda nampak anggota kesihatan sedang memakai PPE (Personal Protection Equipment) , ia TIDAK BERMAKNA ada kes positif di klinik/ hospital/ kawasan tersebut.
– Hormati tugas mereka dan jangan mengambil gambar tanpa kebenaran
– Penyebaran berita palsu menyukarkan dan menambah beban tugas kawalan wabak.
Setiap hari Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status kes terkini di Malaysia dan dimanakah pesakit dirawat
SUMBER : Laman Facebook Public Health Malaysia