PKPB AKAN DILAKSANAKAN DI SELURUH SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA BERKUATKUASA 12.01 TENGAH MALAM 14 HINGGA 27 OKTOBER 2020
Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
•Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Pekerja yang perlu merentas daerah perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
•Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
•Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
•Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup.
•Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.
•Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.
•Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Senarai lanjut SOP akan diumumkan MKN dalam masa terdekat.
SUMBER : Laman Facebook Malaysia Government Call Centre