mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan September 2020 : Latihan Asas Keusahawanan (Adobe Photoshop : Poster Promosi) – 18/09/2020

Tarikh : 18 September 2020 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 2 orang

Tujuan 

Melatih peserta menghasilkan poster promosi menggunakan Adobe Photoshop

Aktiviti

Seramai dua orang peserta telah hadir ke PI Kg Labohan Dagang untuk mengikuti siri latihan asas keusahawanan. Untuk siri latihan kali ini, para peserta diajar cara menghasilkan poster promosi menggunakan aplikasi Adobe Photoshop. Sebelum kelas dimulakan, para peserta dipertontonkan dengan satu video berkaitan Scammer. Para peserta kemudiannya diberi taklimat ringkas tentang Klik Dengan Bijak (Penipuan di Internet). Kemudian, para peserta diberi penerangan tentang Adobe Photoshop. Seterusnya, mereka diajar cara menambah memulakan lembaran kerja, menambahgambar latar, mengubah saiz gambar latar, mengedit gambar produk, memasukkan tulisan dan sebagainya.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________