Tarikh | : 22 Ogos 2020 (Sabtu) |
Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan
Melatih peserta menghasilkan poster menggunakan aplikasi Postermywall seterusnya menyertai Pertandingan Poster Pusat Internet 2020.
Aktiviti
Seramai 6 orang peserta telah mengikuti Kelas Poster Online yang diadakan bersempena dengan Pertandingan Poster Pusat Internet Tahun 2020. Sebelum kelas poster dimulakan, para peserta mengikuti slot advokasi Klik Dengan Bijak dengan menjawab puzzle online yang diberi. Para peserta kemudiannya diperkenalkan dengan aplikasi PosterMyWall yang membolehkan mereka menghasilkan poster secara atas talian. Mereka kemudiannya diberi penerangan tentang syarat-syarat pertandingan poster. Akhir sekali, mereka diminta menghasilkan poster berdasarkan tajuk yang diberi, iaitu ‘Pusat Internet Pemangkin komuniti Digital’.
_____________________________________________________________________________________