Tarikh | : Sepanjang Julai 2020 (Setiap Sabtu) |
Masa | : 11.00 pagi – 12.00 tengah hari |
Lokasi | : Online (via Googel Form) |
Peserta |
: 26 orang (Minggu-1) 13 (Minggu-2) 10 (Minggu-3 & 4) |
Tujuan
Memberi program advokasi kepada pelajar sekolah secara atas talian.
Aktiviti
Kuiz Advokasi Online telah diadakan sepanjang bulan Julai 2020. Kuiz ini terdiri daripada 4 bahagian dan peserta perlu menjawab soalan kuiz pada setiap hari Sabtu, jam 11.00 pagi. Pada bahagian pertama, peserta perlu menjawab soalan berkaitan Klik Dengan Bijak dan MCMC beserta peranan mereka. Pada minggu kedua, peserta perlu menjawab soalan berkaitan Buli Siber berdasarkan video pendek yang diberi. Pada minggu ketiga, peserta perlu menjawab soalan berkaitan Mobile e-Waste. Manakala pada minggu keempat, peserta menjawab soalan berkaitan Sebenarnya.my dan Check Your Label. Tiga peserta dengan markah tertinggi dipilih sebagai pemenang kuiz.
_____________________________________________________________________________________