mcmc
Kesihatan

COVID-19 : MYSEJAHTERA CHECK IN

CV160604

CV160604

MySejahtera Check-In adalah fungsi terbaharu yang diperkenalkan secara rintis pada 1 Jun 2020 dan telah digunakan secara meluas mulai 6 Jun 2020. Fungsi ini telah mendapat sambutan hangat, di mana dalam masa hanya 13 hari sebanyak 119,837 premis perniagaan telah mendaftar untuk QR code dan sebanyak 10,006,857 check-ins dicatat dari seluruh Negara.

Fungsi MySejahtera Check-In adalah berkonsepkan “Simple, Safe and Secure”:

• Simple atau senang digunakan iaitu tiada lagi borang manual yang perlu disi. Pengguna aplikasi hanya perlu mengimbas QR Code melalui aplikasi ini dan terus masuk ke premis tersebut;

• Safe atau selamat, di mana ia dapat mengurangkan risiko jangkitan melalui sentuhan permukaan kerana tidak perlu berkongsi alat tulis dan mengurangkan tempoh menunggu memasuki premis;

• Secure di mana maklumat dan informasi daripada pengguna dilindungi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), dan hanya akan digunakan untuk pengesanan kontak jika diperlukan.

SUMBER : Laman Facebook Majlis Keselamatan Negara

#DudukRumah

#StayAtHome