mcmc
Kesihatan

COVID-19 : CARA MELAWAN KEMURUNGAN – KEKALKAN HUBUNGAN SOSIAL DALAM KOMUNITI

CV070503

CV070503

Bagi menghadapi PKPBD ini, mengekalkan perhubungan sosial dan komuniti sangat penting untuk kesihatan mental.

Sememangnya lumrah manusia ini adalah suka bergaul dan berkumpul. Namun kekangan PKPBD ini sedikit sebanyak menghalang perkara ini untuk dilakukan.

Anda boleh jadi lebih kreatif untuk kekalkan hubungan baik sesama sendiri dan rasa berkomuniti. Berbalas teks dan berhubung dengan media sosial itu bagus, namun ambil juga masa untuk telefon dan bertanya khabar sambil berborak tentang perkara yang disukai atau boleh juga buat ‘facetime’.

Jangan jadikan PKPBD penghalang silaturrahim namun ambil peluang ini untuk menunjukkan betapa kita menghargai perhubungan sesama kita.

SUMBER : Laman Facebook Selangor Task Force Covid 19

#DudukRumah

#StayAtHome