mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Labuhan Dagang

PUSAT JALURLEBAR KOMUNITI (PJK) – TAHUN NOV 2009 HINGGA JAN 2013

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG BUKIT CHANGGANG (PI1M) – JAN 2013 HINGGA JAN 2016 .       

PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KG LABUHAN DAGANG (PI1M) – FEB 2016 HINGGA KINI

Pusat Internet 1Malaysia Kg Labuhan Dagang mula beroperasi secara rasmi pada 1 Febuari 2016. Pusat Internet 1Malaysia Kg Labuhan Dagang merupakan lokasi baru bagi menggantikan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Bukit Changgang atau dahulunya lebih dikenali sebagai Pusat JalurLebar Komuniti (PJK) Kampung Bukit Changgang (beroperasi sejak November 2009).

Pusat Internet 1Malaysia merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia ™ dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan dan di kawasan luar bandar.

          Pemilihan lokasi bagi projek ini telah dilakukan pada bulan Jun 2015. Melalui sesi penilaian dan perbincangan antara wakil pemimpin tempatan, pihak SKMM dan pihak Telekom Malaysia ™, Balai Rakyat Layang Labi Kampung Labuhan Dagang telah dipilih sebagai lokasi Pusat Internet 1Malaysia yang baharu. 

        Pada penghujung tahun 2014, kontrak bagi projek Pusat Internet 1Malaysia Fasa 2 telah tamat. Melalui perjanjian baharu antara pihak pengurusan dan pemimpin tempatan, projek Pusat Internet 1 Malaysia di Kampung Labuhan Dagang telah dilanjutkan selama 3 tahun dan dikategorikan sebagai Fasa 2 Extension. Segala peralatan dan kemudahan di Pusat Internet 1Malaysia kini diperbaharui dan ditambahbaik dengan suasana yang lebih selesa, kemudahan yang lebih canggih, menawarkan kelas ICT secara percuma kepada ahli yang berdaftar serta pelbagai lagi kemudahan yang lain.