Tarikh | : 20 Januari 2019 (Petang) |
Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 11 orang |
Tujuan
Melatih peserta menggunakan tetikus melalui aktiviti melukis secara atas talian.
Aktiviti
Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah mengikuti kelas kali ini. Sebelum kelas bermula, petugas telah menyampaikan taklimat ringkas tentang Klik Dengan Bijak serta tayangan video yang berkaitan.
Petugas kemudiannya menerangkan tentang tetikus dan cara penggunaan yang betul. Para peserta kemudiannya dikehendaki melayari laman sesawang site.youidraw.com/painter.html untuk memulakan sesi latihan melukis menggunakan mouse. Para peserta diberi tugasan melukis imej seperti yang diarahkan. Antaranya termasuklah melukis pelbagai bentuk, nama, wajah dan permandangan.
_____________________________________________________________________________________