Tarikh | : 22 Disember 2018 (Sabtu) |
Masa | : 9.00 pagi – 12.30 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 29 orang |
Tujuan
Memberi motivasi kepada para peserta sebelum mereka memulakan sesi persekolahan 2019.
Aktiviti
Seramai 29 peserta yang terdiri daripada para pelajar berusia antara 5 hingga 16 tahun telah menyertai program motivasi santai ‘Back To School’ yang dikendalikan oleh En Muhammad Sharul daripada X-Factor Motivation Consultancy. Program ini merupakan program Back To School kali kedua yang diadakan di Pusat Internet Kg Labohan Dagang.
Selain slot motivasi yang berkisar tentang kejayaan dan halangan untuk berjaya, para peserta turut diceriakan dengan beberapa permainan individu dan berkumpulan yang pastinya menggamatkan suasana. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata dan cabutan bertuah kepada para peserta.
_____________________________________________________________________________________