mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Disember – Program Jom Sihat bersama Pusat Internet Kg Labohan Dagang

 

Tujuan

Mempromosikan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan dan keusahawanan bersama dengan komuniti setempat.

Aktiviti

Program Jom Sihat bersama Pusat Internet Kg Labohan Dagang julung-julung kali diadakan pada 16 Disember yang lepas. Program ini berlangsung serentak dengan program Usahawan Siswa UPM. Turut bekerjasama dalam program ini ialah MPKK Kg Labohan Dagang dan pelajar-pelajar UPM.

Antara aktiviti yang diadakan pada program tersebut termasuklah saringan kesihatan percuma oleh IKRAM Health Kuala Langat, pemeriksaan mata oleh NR Optometrist Dengkil, ceramah keselematan dari pengurus Tadom Hill Resort, demo penjagaan gigi oleh Klinik Pergigian Gigiku, scan kulit wajah daripada Sufi Haya dan Artistry, senam robik, sukaneka komuniti, pertandingan mewarna, kuiz online, demo hiasan pulut kuning, pertandingan menghias cupcake dan sebagainya.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________