mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Disember – Mesyuarat Program Jom Sihat bersama Pusat Internet dan Usahawan Siswa UPM

 

Tujuan

Perbincangan tentang program Jom Sihat bersama Pusat Internet serta Usahawan Siswa UPM dengan wakil MPKK dan UPM.

Aktiviti

Petugas Pusat Internet Kg Labohan Dagang, MPKK Kg Labohan Dagang dan wakil pelajar dari UPM mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang program Jom Sihat bersama Pusat Internet dan Usahawan Siswa UPM yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Antara perkara yang dibincangkan ialah tentang gerak kerja program, perubahan tentatif dan perkara-perkara berbangkit lain.

Mesyuarat yang dihadiri oleh 2 orang petugas Pusat Internet, 7 orang ahli dan jawatankuasa MPKK Kg Labohan Dagang serta 4 orang pelajar UPM ini tamat hampir 11.00 malam.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________