Tarikh | : 2 Disember 2018 (Ahad) |
Masa | : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Mengajar cara menghasilkan poster online menggunakan aplikasi PosterMyWall.
Aktiviti
3 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah telah hadir ke Pusat Internet Kg Labohan Dagang untuk mempelajari cara menghasilkan poster secara online menggunakan aplikasi yang terdapat di alam sesawang www.postermywall.com. Para peserta terlebih dahulu diberi penerangan tentang poster dan ciri-ciri poster yang baik.
Para peserta kemudian diberi peluang menghasilkan poster menggunakan aplikasi yang dinyatakan. Poster yang dihasilkan ialah bertemakan Jom Sihat. Selepas masing-masing menyiapkan poster, mereka diminta untuk memberi komen tentang poster rakan-rakan yang lain. Hal ini adalah bagi mengenal pasti kelemahan yang terdapat dalam poster, seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk memeberi pendapat masing-masing.
_____________________________________________________________________________________