mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Oktober – Latihan Keusahawanan (Google Site) Kluster Kuala Langat

 

Tujuan

Mengajar peserta menghasilkan laman sesawang perniagaan menggunakan aplikasi Google Site

Aktiviti

Seramai 7 orang peserta telah mengikuti Latihan Keusahawanan (Google Site) yang dianjurkan oleh petugas-petugas Kluster Kuala Langat. Kelas dimulakan dengan tayangan video dan penerangan ringkas tentang Klik Dengan Bijak.

Para peserta diminta untuk mendaftar masuk ke dalam emel Gmail masing-masing. Mereka kemudiannya diperkenalkan dengan aplikasi Google Site yang dapat membantu peserta dalam penghasilan laman sesawang.

Mereka diajar cara mengedit bahagian gambar muka hadapan, memasukkan gambar dan teks, serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan produk dan perniagaan masing-masing. Kelas diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para peserta.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________