Tarikh | : 10 Oktober 2018 (Rabu) |
Masa | : 11.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa (Klang) |
Peserta | : 211 orang |
Tujuan
Menjalankan program advokasi Klik Dengan Bijak kepada murid-murid tahun 4 dan 5, SK Kampung Jawa.
Aktiviti
Lebih 200 orang murid tahun 4 dan 5 dari Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa, Klang telah mengikuti program Advokasi Klik Dengan Bijak yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kluster Kuala Langat. Seramai 6 orang petugas yang terdiri daripada pengurus-pengurus Pusat Internet Kluster Kuala Langat telah mengendalikan program tersebut.
Para peserta diberi pengenalan tentang Pusat Internet Kluster Kuala Langat terlebih dahulu. Program diteruskan dengan sesi taklimat berkenaan Klik Dengan Bijak dan Mobile E-Waste. Program diakhiri dengan sesi soalan kuiz dan ice breaking.
_____________________________________________________________________________________