Tarikh | : 7 Oktober 2018 (Sabtu) |
Masa | : 10.00 pagi – 1.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 4 orang orang |
Tujuan
Mempromosikan aplikasi Google Site kepada usahawan untuk membantu mereka mempromosikan perniagaan.
Aktiviti
Seramai 4 orang usahawan telah mengikuti Latihan Keusahawan – Google Site yang diadakan di Pusat Internet Kg Labohan Dagang. Sebelum kelas bermula, para peserta telah diberi penerangan ringkas tentang Dashboard Komuniti dan modul-modul yang terdapat di dalamnya.
Para peserta kemudiannya diperlihatkan dengan hasil laman web Google Site yang dihasilkan oleh petugas sebagai rujukan. Mereka diajar cara mengisi maklumat-maklumat perniagaan dalam aplikasi Google Site termasuklah sejarah perniagaan, gambar dan keterangan tentang produk beserta harga.
_____________________________________________________________________________________