mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Oktober – Mesyuarat Mingguan AIM (Saringan Kesihatan)

 

Tujuan

Mempromosikan kemudahan menjalankan saringan kesihatan secara percuma kepada usahawan-usahawan AIM.

Aktiviti

Seramai 5 orang ahli AIM Pusat Sri Baiduri 2 telah menjalani saringan kesihatan secara percuma yang diadakan di Pusat Internet Kg Labohan Dagang. Saringan kesihatan ini merupakan salah satu aktiviti promosi yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet Kg Labohan Dagang kepada komuniti. Saringan kesihatan ini dijalankan sebelum mesyuarat mingguan AIM bermula.

Antara aktiviti saringan kesihatan yang dijalankan termasuklah pemeriksaan BMI, bacaan tekanan darah dan glukos. Peserta yang mempunyai masalah dirujuk ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________