Tarikh | : 29 September 2018 (Sabtu) |
Masa | : 3.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi | : Kem El-Azhar Morib |
Peserta | : 40 orang orang |
Tujuan
Memberikan ceramah Klik Dengan Bijak yang bertajuk ‘Berita Palsu Musuh Negara’ kepada para peserta program Pewaris Negara anjuran Jabatan Penerangan Negeri Selangor
Aktiviti
Seramai 40 orang peserta program Pewaris Negara anjuran Jabatan Penerangan Negeri Selangor telah mengikuti sesi ceramah kali ini. Ceramah telah disampaikan oleh petugas-petugas Pusat Internet Kluster Kuala Langat, mewakili Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Para peserta diberi pendedahan tentang berita palsu, jenis-jenis berita palsu, ciri-ciri berita palsu, faktor penyebaran berita palsu, kaedah penyebaran berita palsu serta langkah-langkah bagi membendung penyebaran berita palsu.
Para peserta juga mengikuti dua sesi ice breaking dan kuiz advokasi yang dikendalikan oleh para petugas Pusat Internet Kluster Kuala Langat. Sesi ice breaking ini adalah bertujuan menunjukkan cara bagaimana penyebaran berita palsu boleh berlaku sekiranya seseorang individu itu tidak mendapat maklumat yang tepat. Sesi advokasi ini turut diselang selikan dengan soalan kuiz yang disertai oleh para peserta dan pegawai-pegawai pengiring.
_____________________________________________________________________________________