mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan September – Kelas Keusahawanan (Google Site)

 

Tujuan

Memperkenalkan sistem Google Site yang membantu usahawan membina laman sesawang yang mudah.

Aktiviti

Seramai 14 orang peserta telah mengikuti Kelas Keusahawanan yang diadakan di Pusat Internet Kanchong Darat. Kelas ini turut mendapat kerjasama daripada penolong pengurus Kluster Kuala Langat (Labohan Dagang, Kg Kundang dan Kota Raja). Kursus dimulakan dengan pengenalan tentang Dashboard Komuniti dan modul My Shop yang disampaikan oleh pengurus Pusat Internet Kanchong Darat.

Para peserta kemudiannya cuba memasukkan iklan perniagaan dan produk masing-masing dalam aplikasi My Shop tersebut. Seterusnya, para peserta dikehendaki mengisi maklumat perniagaan melalui borang yang disediakan.

Pada jam 10.00 pagi, sesi penerangan dan latihan menghasilkan laman sesawang menggunakan Google Site dimulakan. Para peserta diajar cara memasukkan gambar dan maklumat produk, dan lain-lain maklumat berkaitan perniagaan melalui Google Site.

Sesi pembelajaran berakhir pada jam 12.00 tengah hari dengan sesi penyampaian sijil dan cenderahati kepada para peserta.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________