mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan September – Pertandingan Slogan My Komuniti ‘Sayangi Malaysiaku’

 

Tujuan

Menyemarakkan aktiviti sambutan Hari Malaysia, di samping menggalakkan penggunaan modul My Komuniti dalam Dashboard Komuniti.

Aktiviti

Seramai 10 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah menyertai Pertandingan Slogan My Komuniti ‘Sayangi Malaysiaku’. Pertandingan ini merupakan salah satu pengisian pada hari minggu, di samping menjadi salah satu aktiviti promosi bagi Dashboard Komuniti.

Setiap peserta dibekalkan dengan borang khas yang tertera nama, no kad pengenalan dan ruangan bagi mengisi slogan. Mereka dikehendaki menulis slogan ‘Saya sayangkan Malaysia kerana……’ tidak melebihi 20 patah perkataan. Mereka kemudiannya perlu menaip semula slogan tersebut dalam aplikasi Dashboard Komuniti (My Komuniti).

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________