mcmc
Laporan Aktiviti

Program Khas Sambutan Merdeka & Hari Malaysia @ NADI

Tarikh7 September 2025
Masa10 pagi- 4 petang
TempatNADI Kampung Labohan Dagang

Tujuan Aktiviti

Tujuan aktiviti ini adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan komuniti setempat sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Butiran Aktiviti

Pertandingan Mewarna Merdeka

  • Sasaran: Kanak-kanak sekolah rendah
  • Tujuan: Menyemai rasa cinta tanah air melalui kreativiti seni
  • Faedah: Mencungkil bakat melukis/mewarna sambil memupuk nilai patriotik

Saringan Kesihatan Percuma

  • Sasaran: Semua lapisan masyarakat
  • Tujuan: Memberi kesedaran awal tentang penjagaan kesihatan
  • Faedah: Komuniti boleh memeriksa tekanan darah, BMI, gula dalam darah serta dapat nasihat kesihatan asas

Perlawanan Friendly Mobile Legends Bang Bang (MLBB): NADI Kampung Labohan Dagang dengan NADI Kalumpang

  • Sasaran: Remaja & belia
  • Tujuan: Menggalakkan e-sukan sebagai aktiviti sihat untuk belia
  • Faedah: Mengukuhkan hubungan persahabatan antara komuniti NADI, meningkatkan semangat berpasukan & daya saing positif

Pertandingan Hiasan Masakan

  • Sasaran: Golongan dewasa & suri rumah
  • Tujuan: Menyerlahkan kreativiti dalam seni hiasan makanan
  • Faedah: Memupuk semangat kekeluargaan, memberi inspirasi kepada gaya masakan tempatan yang lebih kreatif dan menarik

Gambar