mcmc
Laporan Aktiviti

Kidventure: Webinar Perancangan Kewangan

Tarikh28 Jun 2025
Masa10.00 – 11.00 pagi
LokasiNADI Kampung Labohan Dagang

Tujuan Aktiviti

Memberikan pendedahan asas kepada peserta mengenai kepentingan merancang kewangan secara bijak sejak usia muda. Aktiviti ini bertujuan memupuk kesedaran tentang nilai wang, perbelanjaan berhemah, dan asas pengurusan kewangan dalam kehidupan seharian serta perniagaan kecil yang dijalankan.

Butiran Aktiviti

Antara pengisian webinar termasuk:

  • Apa itu perancangan kewangan dan mengapa ia penting
  • Mengenal pasti sumber pendapatan (contoh: jualan produk) dan perbelanjaan asas
  • Belajar membuat bajet mudah (perbandingan untung & rugi)
  • Simpanan vs perbelanjaan: bagaimana menguruskan hasil jualan dengan bijak
  • Aktiviti simulasi atau kuiz interaktif bagi menguji kefahaman peserta